TANDUO,130 KILOMETER DARI LAHAD DATU, SABAH.
Pencerobohan yang berlaku dikatakan mempunyai kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan Filipina dan PDRM mengesahkanpencerobohan tersebut adalah terdiri daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulubagi mengembalikan semula tuntutan ke atas Sabah.
PDRM dalam kenyataanya telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh waris kesultanan Sulu iaitu Datu Esmail Kiram. Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu,. Selain itu, pihak PDRM yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.
Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai Lahad Datu menggunakan botpancung dan bersenjata. PDRM dan ATM kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan tersebut memilih Kampung Tanduao, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu. Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa dan jarak kampung tersebut ke kepulauan Filipina adalah kira-kira sejam dengan menaiki bot.
Kerajaan Filipina kini menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka. Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.
Setuju dengan kenyataan PDRM dimana orang ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan khabar angin mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden pencerobohan sekumpulan tersebut. Andaian itu tidak menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan di kawasan tersebut setakat ini masih terkawal. Rundingan dengan kumpulan tersebut adalah dalam keadaan tenang dan selamat. Setakat ini tiada kejadian buruk atau sebarang kekecohan yang berlaku....
Punca Pencerobohan Tentera Filipina
Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.
Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.
Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

No comments:
Post a Comment