Perkembangan Terkini Di Lahad Datu, 3 Kejadian Berasingan
Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak.
Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi.
Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.
YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah.
Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah - Facebook PDRM
No comments:
Post a Comment