Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2Oiv3Uwqy

Wednesday 13 March 2013

13 MAC 2013 : Perkembangan hari ke lapan Ops Daulat

  Perkembangan hari ke lapan Ops Daulat                   Hari ke lapan Ops Daulat untuk memerangi penceroboh Sulu yang berkubu di Sabah menyaksikan peristiwa yang menyayat hati dengan kehilangan nyawa perajurit negara. Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini:-

- Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan bahawa seorangtentera Malaysiadisahkan terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi ini.

- Beliau berkata pasukan keselamatan telah diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran. Beliau juga berkata dalam pertempuran itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.

- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seorang lagi anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satukemalangan jalan rayadi Lahad Datu hari ini.

- Beliau berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa  dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

- Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi. Beliau berkata seorang lagi penceroboh yang terkena tembakan sempat melarikan diri.

- Hamza juga mengesahkanmayat jeneralyang dibawa keluar adalah Haji  Musa yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu.

- Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah AllahyarhamPrebet Mohd Hurairah Ismailyang maut dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dijangka diterbangkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 4  pagi Rabu.

- Kerajaan hari ini mengumumkantiga bantuanuntuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini.

- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakinpilihan raya umum ke-13akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di kawasan pencerobohan pengganas di Lahad Datu kerana situasi di kawasan itu bertambah baik.

- Timbalan Ketua Polis NegaraTan Sri Khalid Abu Bakarberkata berkata polis akan mengesan individu-individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan di laman sosial atau blog yang berbaur penghinaan dan cercaan terhadap perjuangan anggota pasukan keselamatan yang mempertahankan negara di Lahad Datu, Sabah.

- Adik kepada ketua kumpulan pengganas Jamalul Kiram III,Esmail Kiram IIsedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Malaysia ketika pasukan keselamatan negara terus memburu pengganas di Lahad Datu.

- Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Manuel Roxas II berkata Jabatan Hal Ehwal Luar Negara akan mengajukan soalan-soalan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

1 comment:

  1. Bila lah semua ni nak berakhir...dah ramai yang terkorban..
    Kesian kat keluarga mangsa...

    ReplyDelete