Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2Oiv3Uwqy

Monday, 18 March 2013

ANGGOTA PDRM DAN ATM DIBERI RAWATAN PSIKOLOGI KERANA GANGGUAN BAYANGAN HANTU TENTERA SULU YANG MATI


SEJAK insiden pencerobohan di Lahad Datu ini berlaku, rakyat sering diwar-warkan adalah, anggota pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat di Lahad Datu sebagai pahlawan, rakyat terhutang budi dan apa segala. Baru-baru ini bila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir turun ke Lahad Datu bergambar dengan anggota tentera pun, propaganda yang sama dimainkan.


Tapi tahukah rakyat cerita sebenar yang sedang berlaku di Lahad Datu itu? Betulkah semua anggota keselamatan kita yang sedang berkhidmat termasuk dalam golongan mereka yang berani sehingga layak digelar Pahlawan Negara?


Laman ini ingin berkongsi cerita yang sudah heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Felda Sahabat, bahawa anggota keselamatan kita disana rupanya lebih takut dengan hantu daripada ditembak oleh tentera diraja Sulu yang masih hidup!!
Ini bukan cerita rekaan, tapi maklumat sahih yang diketahui semua petugas media yang berkhidmat di pusat media Operasi Daulat ini.


Peningkatan laporan gangguan psikologi yang dikaitkan dengan hantu seperti dialami anggota tentera ini bukan satu rahsia. Malah ada laporan mengatakan ATM dan PDRM telah mewujudkan satu unit khas psikologi, khusus untuk merawat anggota mereka yang sering didatangi bayangan tentera diraja Sulu yang terbunuh sebelum ini.

No comments:

Post a Comment