Wednesday, 20 March 2013
Berita Lahad Datu! Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini
Berita Lahad Datu! Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini | LAHAD DATU: Seramai lapan warga Filipina bebangsa Sulu didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.
Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.
Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).
Setakat Selasa, sejumlah 107 orang pengganas sulu ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.
Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.
Label:
kisah sulu,
kucing tobbee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment