Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2Oiv3Uwqy

Tuesday 5 March 2013

TERKINI (5 MAC 2013) : VIDEO SERANGAN TENTERA KEATAS PENCEROBOH DI LAHAD DATU


LIVE UPDATE LAHAD DATU : TENTERA MULA GEMPUR PENCEROBOH 5 MAC 2013 





LAPORAN LANGSUNG


10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

Terbaru:serangan tentera mengusir penceroboh di lahad datu

Serangan udara telah diberhentikan sebentar tadi dan disusuli operasi darat oleh pasukan keselamatan kita bagi mengusir penceroboh sulu terhadap tuntutan Lahad Datu.

sementara itu sidang media mengenai operasi serangan mengusir kumpulan penceroboh,dijadual diadakan oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar,di Hotel, Residen Felda Sahabat 11.00 pagi tadi.

2 comments:

  1. in syaa allah...keadaan lahad atu terkawal....
    @ patong oren

    ReplyDelete
  2. Insya allah patung oren...Pray for sabah!!!

    ReplyDelete