"Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." (Yaasin: 36)
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir.
Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini.
Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasang-pasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
Jika kita bertanya apakah hikmat Allah s.w.t menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir. Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah s.w.t ini sangat indah.
Begitu jugalah dengan pasangan ubi yang dijumpai di Republik China ini. Ia sekali lagi berjaya membuktikan kebenaran al-Quran.
Ubi aneh berbentuk tubuh manusia, ditemukan Zheng Dexun, seorang petani berasal dari China Langzhong. Penemuan 'luar biasa' itu tentu saja menarik perhatian umum. Ubi tanaman 'nyleneh' yang berada diantara ubi (bit) hasil tanaman Zheng itu berdiameter 62 cm.
Uniknya, di bahagian 'kepala' ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki serta sedikit bergelombang mirip dada manusia.
Ini bukan pertama kalinya seorang petani mencabut ubi berbentuk aneh dalam kebun mereka.Pada Desember 2008, ubi yang mirip dengan temuan Zheng juga pernah menggegarkan kota Shandong China. Malah, ubi yang ditemukan dalam tahun sebelumnya itu 'berpasangan'.

Ubi bit yang ditemui sebelumnya, terdiri daripada dua bentuk tubuh manusia. Satu diantaranya menyerupai perempuan dengan bentuk 'dada' di bahagian atasnya, manakala satu lagi didefinisikan sebagai lelaki kerana kelihatan maskulin dengan anggota tubuh yang menonjol dan menggantung di bahagian bawah.
Temuan unik ini, menarik minat salah seorang penduduk dan membelinya dengan 600 yuan. Dia lantas mendirikan sebuah tempat khusus di rumahnya untuk menarik minat pengunjung.
Temuan unik ini, menarik minat salah seorang penduduk dan membelinya dengan 600 yuan. Dia lantas mendirikan sebuah tempat khusus di rumahnya untuk menarik minat pengunjung.
No comments:
Post a Comment