Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2Oiv3Uwqy

Saturday 9 March 2013

9 MAC TERKINI DI LAHAD DATU :Ops Daulat: 53 mati, 79 ditangkap


Ops Daulat: 53 mati, 79 ditangkap
PLAYClick to Expand & Play

Ops Daulat sudah bertukar daripada ‘mopping’ kepada ‘flushing’. Dua kawasan yang dimaksudkan adalah Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, “Kami sedang membuat penggeledahan disitu. Mereka mungkin bersembunyi di semak-semak, jadi kami perlu ‘flush’ kawasan berkenaan. Tidak mungkin mereka dapat lepas diri,” jelas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak mungkin penceroboh-penceroboh dapat melarikan diri kerana kawasan sudah dikepong namun tidak menolak kemungkinan mereka akan bergerak secara berkumpulan.
Pada sidang media yang sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa seorang penceroboh ditembak mati pada jam 8 pagi. Jumlah penceroboh yang ditembak mati adalah seramai 53 orang manakala seramai 79 suspek sudah ditangkap.

“Mayat belum dikenalpasti kerana ia masih di kawasan operasi. Bagi 79 suspek pula, siasatan dijalankan di atas mereka untuk mengesahkan penglibatan bersama penceroboh-penceroboh berkenaan,” kata Ismail

No comments:

Post a Comment