Moro National Liberation Front (MNLF) Nur Misuari mendakwa sarawak juga adalah tanah warisan mereka. Philippine Star melaporkan Misuari mendakwa puak mereka (sulu) adalah pemilik asal Sabah dan Sarawak dan tanah di situ adalah milik nenek moyang mereka. Dia juga mengakui bahawa terdapat ahli MNLF yang pergi ke sulu tetapi menafikan tujuan mereka untuk melakukan rusuhan.
Penafian yang dibuat oleh Misuari ini seolah-olah menjawab dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino bahawa terdapat konspirasi di sebalik keputusan Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan pengikut-pengikutnya untuk menggunakan kekerasan bagi menuntut hak mereka ke atas Sabah.
MNLF menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan dan memulakan rundingan antara Malaysia dan Kesultanan Sulu.
Hashim juga menggesa PBB, melalui jawatankuasa mengenai hak asasi manusia dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, untuk menghantar wakil ke Sabah untuk memantau tindakan yang diambil oleh pasukan Malaysia menentang Filipina di sana.
No comments:
Post a Comment